cemaraugis

Tuesday, 28 June 2011

Pesanan buat Muslimin, Mukminin dan Muhsinin




TERJEMAHAN AYAT 27-30 SURAH AL-FAJR ( Tafsir Al Rahman )

(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal salih akan disambut dengan kata-kata):
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! –
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! –
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia –
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!"
   

"Wahai hati yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku."


Thursday, 2 June 2011

Menjaga Rahsia Suatu Amanah

Salam Cemara! Salam Ukhwah......

....Ingatlah Saudara-saudaraku bahawa....tidak semua perkara perlu dibicara atau dijadikan tatapan umum di media ini.....yang paling wajib ialah MENJAGA RAHSIA kerana ianya suatu AMANAH. Dijadikan INSAN sebagai HAMBA ALLAH, KHALIFAH DI BUMI dan MENEROKA serta MENGEMBANGKAN POTENSI DIRI.....bina kekuatan Rohani dan Jasmani. Namun tidak bermakna boleh membuka pekung didada....atau menjaja aib sendiri atau insan yang rapat dengan kita. Bertaubatlah....sama-sama kita mengingati dan meninsafi diri kita sendiri.

Pesan Guruku... " ....Menegur sesuatu perkara yang betul pun mendatangkan KEMARAHAN...Tidak menegur pula menjadi suatu KESALAHAN ( YAKNI DOSA )...Oleh kerana SAYANGnye aku kepada SAUDARA-SAUDARAku, ku tunjukkan JALAN KEBAIKAN...."

...Perit untuk diterima....selagi hati nurani KELAM.... gilapkan dengan zikir, sabar dengan dugaan, menjaga rahsia, penuhkan "NUR" Dihati Nurani agar BERCAHAYA....Amalkan Doa " Fahaman Para nabi "... Insya Allah.....wallahu a'lam