cemaraugis

Saturday, 19 February 2011

PENGERTIAN SYAHADAH ( Syariat )



Rukun Syahadah terbahagi kepada 4 Bahagian iaitu :-
i) Menetapkan ZAT ALLAH swt berdiri dengan sendirinya.
ii) Mengakui SIFAT2 ALLAH swt sebagai Sifat Yang Maha Sempurna.
iii) Menetapkan AF'AL ALLAH swt iaitu berbuat dengan kehendak-Nya.
iv) Menetapkan KEBENARAN ajaran yang dibawa oleh RASULULLAH s.a.w.

Syarat Syahadah ada 4 Perkara :-
i) Hendaklah MENGERTI erti dan maksud Syahadah.
ii) DIUCAPKAN dengan lidah atau dibaca dari permulaan hingga akhir.
iii) Hendaklah DIYAKINI DALAM HATI akan maksud Syahadah tersebut serta tidak ada keragu-raguan.
iv) YAKIN serta DIAMALKAN DENGAN ANGGOTA serta berusaha menolak segala sesuatu yang merosakkan Syahadah.

( Rujukan : Buku SIFAT-SIFAT ALLAH & MENTAUHIDKAN DIRI KepadaNya )

No comments:

Post a Comment