cemaraugis

Wednesday, 23 February 2011

Penawar Bagi Hati


Rawat Hati Dengan Doa dan  Zikir

Doa Satu : -  


Doa Dua  :-

Doa Tiga :-

Tuesday, 22 February 2011

Persaudaraan Sejagat PPRM

Lambang PPRM

Adakah Anda Salah Seorang Dari Ahli PPRM ?

Borang Pendaftaran baru sahaja dihantar pada 22 Jun 2011 secara POS LAJU

..... pada 23 Ogos 2011 ( Sijil dan Miniature diterima )

Sunday, 20 February 2011

Yang Terbaik

Kalau Tak Dapat Menjadi Pohon CEMARA dipuncak bukit...Jadilah Belukar Di Bawah Lembah...Tetapi Jadilah Belukar Terbaik Di Pinggir Sungai Sempit.Jadilah Belukar Kalau Tak Dapat Menjadi Pokok.


Kalau Tak Dapat Menjadi Belukar Selengkar..Jadilah Rumput Sederet, Dan Seri kan Sebatang Jalanraya.


Kalau Tak Dapat Jadi Ikan Temeloh...Jadilah Seluang, Tetapi Seluang Terlincah Di Tasik Terbentang.


Tidak Semua Boleh Menjadi Nakhoda, Sesetengah Kita Perlu Berbaju Kelasi...Namun Tiap Tubuh Punya Kerja, Tugas Besar Dan Kecil...Dan Tugas Segera Adalah Tugas Yang Terdekat.


Kalau Tak Boleh Menjadi Matahari, Jadilah Sebutir Bintang......


Besar Bukan Ukuran Gagal Jaya..Tetapi Jadilah  SENTIASA YANG TERBAIK

Saturday, 19 February 2011

PENGERTIAN SYAHADAH ( Syariat )



Rukun Syahadah terbahagi kepada 4 Bahagian iaitu :-
i) Menetapkan ZAT ALLAH swt berdiri dengan sendirinya.
ii) Mengakui SIFAT2 ALLAH swt sebagai Sifat Yang Maha Sempurna.
iii) Menetapkan AF'AL ALLAH swt iaitu berbuat dengan kehendak-Nya.
iv) Menetapkan KEBENARAN ajaran yang dibawa oleh RASULULLAH s.a.w.

Syarat Syahadah ada 4 Perkara :-
i) Hendaklah MENGERTI erti dan maksud Syahadah.
ii) DIUCAPKAN dengan lidah atau dibaca dari permulaan hingga akhir.
iii) Hendaklah DIYAKINI DALAM HATI akan maksud Syahadah tersebut serta tidak ada keragu-raguan.
iv) YAKIN serta DIAMALKAN DENGAN ANGGOTA serta berusaha menolak segala sesuatu yang merosakkan Syahadah.

( Rujukan : Buku SIFAT-SIFAT ALLAH & MENTAUHIDKAN DIRI KepadaNya )

Thursday, 17 February 2011

Amal Kerohanian



Amal Kerohanian atau lebih tepat Pengajian mengenai Islam, Iman dan Ihsan bagi mendidik "Hati" agar disirami "Nur"  ( Rohani dan Jasmani ) kearah menjadi Muslimin, Mukminin dan Muhsinin.

Definasi Falsafah

Falsafah berasal daripada perkataan Arab (                   ) dan Yunani "Fhilo & Sophia" yang bermaksud Cinta Kearifan ATAU Cinta Kebijaksanaan.